April 9, 2009

satu gelas kaca

Posted in kasih tagged at 2:08 am by ZK.

satu gelas kaca,
penuh air.
aku dulang tatang,
biar tak tumpah.

sampai ke dia,
senyum terima.
tak diteguk kenyang,
tak dibuang kurang.

aku diam keliru.
dia ambil,
simpan dalam peti beku.

mungkin
akan dia cairkan
bila haus, bila mahu.
terpulang..
asal jangan retak sendiri,
sudahlah.

satu gelas kaca,
penuh air.
elok-elok tuan,
gelas kaca itu cuma satu.
hanya satu.

4 Comments »

  1. ain said,

    baik puan =)

  2. awin aisya said,

    wadduh,,
    mendalam dowh

  3. bawangmerah said,

    hanya satu….kenapa satu saja?

  4. wahyudi my said,

    penggunaan bait2 yg ekonomis, tersusun. Penceritaannya juga sampai kepada pembaca, dalam masa yg sama membiarkan yg tersirat diterka. Demikian pendapat saya tentang puisi ini. Salam kunjungan saudara:-)


Leave a comment